Tiramisu
Tiramisu, originally uploaded by hairieusoff.
Resepi yang diperolehi dari myresepi. Kalau di Jepun memang susah nak makan Tiramisu kerana biskutnya direndam dengan kopi dan wain. Jadi kena buat sendiri. Resepinya:
Bahan-bahan:
2 bungkus biskut tiramisu/sponge fingers/boudoir
250g cream cheese
250g whipping cream
150g gula (boleh kurang atau tambah ikut suka manis)
satu cawan bancuhan air nescafe (tanpa gula)
serbok kok/cokolat utk hiasan
Cara
1. Satukan cream cheese+whipping cream+gula dan pukul hingga kembang
2. Celupkan biskut ke dalam bancuhan nescafe dan susun dalam bekas sederhana besar
3. Setelah itu letakkan satu lapisan bancuhan yang telah dipukul tadi ke atas biskut dengan rata. Ulang proses ini sehingga menjadi tiga lapisan.
4. Bila semua bancuhan telah habis dan bahagian atas disapu rata, bolehlah ditutup dan disimpan dalam peti ais. Hias kan dengan taburan koko/cokolat di atasnya ikut suka sebelum disimpan.
Kek Keju menggunakan Periuk Nasi
kek Keju, originally uploaded by hairieusoff.
Bahan-bahan:
250g Krim Keju (Cream Cheese) – (Philadelphia 1Box)
80g Gula – (dianggarkan sama dengan 9 sudu besar penuh
200ml Krim segar (Fresh Cream) – (1 Pack)
3 biji telur
2 sudu besar tepung (Plain flour)
1 sudu besar jus lemon
Cara:
1. Pukul Krim Keju dalam mangkuk dan masukkan gula dan gaul.
2. Masukkan Krim segar, Telur satu persatu. Putar.
3. Masukkan tepung dan jus lemon. Gaul sehingga tidak berbintil.
4. Masukkan adunan di dalam periuk nasi. Jika mangkuk periuk merupakan periuk non-stick, sapukan sedikit mentega. tekan butang “Cook”.
5. Bila sudah masak, tekan butang “Keep Warm” untuk tempoh 5-10 minit. Ulang langkah ini 3-4 kali.
6. Gunakan kayu atau chopstik untuk memeriksa sama ada kek sudah masak. Adunan telah masak sepenuhnya jika kayu tidak melekat dengan adunan.
7. Letakkan pinggan di atas kek dan perlahan-lahan keluarkan dari periuk nasi dengan terbalikkan periuk tersebut. Biarkan seketika untuk sejuk sebelum dihidang.
8. Hidang dengan sos blueberry yang boleh dibeli di supermarket.
Pajeri Nanas
Bahan-bahan
1 biji kecil nenas
1 tin santan cair (200ml)
1 sudu makan udang kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu makan serbuk kari
2 sudu makan kerisik
1 sudu gula perang (boleh tukar dengan gula melaka)
3 sudu makan minyak masak
3 biji lada merah
sedikit garam
Cara-cara
1. Kisar, bawang besar, bwang putih, halia dan udang kering
2. Potong nanas kecil-kecil
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang telah dikisar (1)
4. Masukkan serbuk kari dan tumis hingga garing
5. Tuangkan santan dan kacau hingga sebati
6. Masukkan kerisik dan garam secukup rasa
7. Masukkan nanas dan juga lada merah
8. Masak hingga mendidih dan boleh dihidangkan bersama nasi
Ketam Goreng Cili Berjintan
Bahan-Bahan:
5 ekor ketam bunga
4 keping asam gelugur
¾ cawan minyak
Garam, gula, serbuk perasa secukupnya
Bahan kisar
15 gm cili kering(dikisar halus)
8 ulas bawang merah(dikisar halus)
1 ulas bawang putih(dikisar halus)
2 cm belacan(dikisar halus)
2 cm halia(dikisar halus)
2 sudu makan jintan putih(dikisar halus)
Cara:
1. Ketam dibersihkan & ditoskan.
2. Panaskan minyak kemudian goreng ketam sehingga masak.
3. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan-bahan kisar & kacau sehingga berbau wangi.
4. Masukkan asam gelugur, serbuk perasa, gula & garam.
5. Kacau hingga rata.
6. Apabila pecah minyak, masukkan ketam. Kacau hingga rata & angkat. Hidang panas-panas bersama-sama nasi.
Ayam Jagung Manis
Ayam Jagung Manis, originally uploaded by hairieusoff.
Bahan-bahan
4 ketul peha ayam
75 gram mentega
garam dan serbuk lada sulah
sebiji lemon, potong menjadi lapan hiris
daun pasli untuk hiasan
Bahan untuk Sos
25 gram mentega
1 biji bawang besar, dicincang
1 tin jagung manis, toskan
25 gram tepung
300 gram susu sejat
garam dan lada sulah secukup rasa
Cara
1. Bersihkan ayam dan toskan. Gaul serta lumurkan dengan mentega, garam dan lada sulah.
2. Grill atau goreng hingga warna keemasan selama 15-20 minit.
3. Susun diatas pinggan dan tuang sos keatasnya. Hiasan dengan hirisan lemon dan daun pasli.
Cara untuk Sos
1. Cairkan mentega dang oreng bawang cincang sehingga lembut. Masukkan jagung manis dan tepung.
2. Kacau perlahan-lahan dan padamkan api. Masukkan susu sejat.
3. Didihkan lagi sehingga sos menjadi pekat. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
Somtam / Kerabu Betik Muda
Somtam, originally uploaded by hairieusoff.
Bahan-bahan
1/2 biji betik muda- dihiris panjang
Bahan gaul
1 biji kacang panjang – potong kecil
2 biji cili padi
1 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering
1 sudu besar kacang goreng
1 senduk kecil air gula melaka/nipah
1 senduk kecil jus limau kasturi
1 senduk kecil sos ikan
1 biji tomato
Cara
1. Masukkan kacang panjang kedalam lesung thai, tumbuk. sedikit
2. Masukkan cili padi dan bawang putih, tumbuk sekejap
3. Masukkan udang kering dan kacang, tumbuk sekejap
4. Masukkan air gula melaka dan tomato
5. Masukkan sos ikan dan jus limau, gaul
6. Masukkan hirisan betik dan tumbuk, gaul sebati.
Kerabu Sotong
Kerabu Sotong, originally uploaded by hairieusoff.
Bahan-bahan ( 2-4 orang )
1 mangkok Sotong
2 biji limau nipis
Daun ketumbar
1-2 bawang besar
3 sudu besar nampla
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam (ikut rasa)
5-10 Cili padi (ikut rasa)
Cara-cara
1. Bersihkan sotong.
2. Potong bulat-bulat, masukkan ke dalam mangkuk.
3. Masukkan air panas ke dalam mangkuk dan rendam sotong selama 5 minit. Jangan rebus sotong.
- Jika menggunakan sotong Jepun yang kulitnya keras itu pun hanya perlu rendam dengan air panas sahaja, usah direbus kerana ia akan lebih keras/liat semasa dimakan.
4. Potong cili, daun ketumbar(segenggam), bawang besar gaul dengan sotong.
5. Masukkan garam, gula, jus perahan limau dan nampla. Gaul rata dengan sotong. Sedia dihidang.
Ikan Siakap Stim/Kukus
Ikan Siakap Stim, originally uploaded by hairieusoff.
Selepas “sedekah” darah untuk pemeriksaan kesihatan sebulan lalu, nafsu makan macam membuak-buak tetapi takut berat badan meningkat. Jadi teringin makan ikan stim atau ikan kukus Siakap. Ini resepi mudahnya.
1 ekor Ikan Siakap
4 ulas Bawang putih (dadu)
4 biji Limau kasturi – ambil jusnya
4 senduk kecil nampla
1/4 buah nenas – dipotong dadu)
1 biji Tomato – dadu
6 helai Daun ketumbar – hiris halus
2 helai Daun limau purut – hiris halus
4 biji Cili padi
3 sudu kecil Garam
2 sudu kecil Gula
Cara
1. Tabur garam pada ikan dan dalam ikan
2. Masukkan bawang putih, nenas , cili, daun ketumbar, daun limau dan tomato.
3. Bancuh sos (masukkan jus limau, nampla, garam dan gula)
4. Tuang bancuhan sos ke dalam pinggan ikan.
5. Kukus sehingga masak.
Kerabu Taugeh
Kerabu Taugeh, originally uploaded by hairieusoff.
Tiba-tiba rasa makan kerabu. Kerabu taugeh sangat popular di Perak. Ini resepinya.
Bahan-bahan ( 4 orang )
Sebungkus taugeh
3 ulas bawang merah (dihiris)
7 biji cili padi (dihiris)
Seinci belacan (dibakar)
Sedikit udang kering (rendam dulu)
1 sudu teh lada hitam biji
2 sudu makan air perahan lemon/limau
1 sudu makan kerisik
Garam & gula secukup rasa
Cara-cara
1. Celur taugeh-tidak terlalu lama.
2. Kemudian toskan airnya. Ketepikan dulu.
3. Hiris halus bawang merah & cili padi.
4. Tumbuk udang kering, belacan, lada hitam dan kalau nak pedas tambah sedikit cili padi. Tumbuk sampai lumat.
5. Gaulkan bahan-bahan di tumbuk seperti langkah 4 dengan Taugeh yang dicelur tadi.
6. Masukkan kerisik. Gaul rata lagi, jgn biarkan kerisik berketul.
7. Akhir sekali masukkan air perahan lemon/limau, garam & gula.


