Bibimbap

Bibimbap, originally uploaded by hairieusoff.

Makanan Korea yang menjadi kesukaan HE semasa berada di Korea. Hari ini isteri menyediakan makanan ini:

Resepi:

1. Penyediaan Nasi

* beras
* sedikit minyak masak
* garam secukup rasa
* air

2. Penyediaan daging

* 200g daging
* 2 sudu kecil kicap Kikoman
* 1 ulas Bawang Putih
* 1 ulas Bawang Merah
* 1 sudu besar Minyak Bijan
* Secubit Lada Sulah
* 1 sudu kecil Cuka
* 1 sudu besar Gula

3. Sayur (sebarang sayur)

* 150g timun
* 150g taugeh
* 150g lobak merah
* 150g lobak putih
* kicap, garam, lada sulah dan minyak bijan secukup rasa
* cendawan enoki

4. Penyediaan sos pedas
* 3 suduh besar sos asas gochujang
* 1/2 sudu besar madu

5. Penyediaan sos bijan

* Minyak bijan secukup rasa
* Biji bijan sekadar secubit

6. Penyediaan telur

* Masak telur sebelah atas sahaja

Cara:

1. Masak nasi seperti bahan 1.

2. Goreng tanpa minyak bahan 2 secara berasingan.

3. Goreng tanpa minyak bahan 3 secara berasingan mengikut sayur.

4. Letakkan semua bahan seperti di dalam gambar di atas nasi yang panas dan kemudian letakkan telur di tengah-tengah.

5. Tabur sedikit biji bijan.

6. Makan bersama sos pedas gochujang dan minyak bijan.

Selamat mencuba

About these ads

30 thoughts on “Bibimbap

  1. saya baru balik dari korea…saya tinggal di seol…..di sana memang susah untuk cari makanan halal terutama berasaskan daging…tapi alhamdulillah saya tinggal di sekitar Itawon…hotel capital…saya pegi sembahyang di masjid…syukurnya saya kerana masih ada masjid dan orang islam di sana..berdekatan dengan masjid ada banyak restoran makanan halal….saya makan untuk survive aje…saya makan di restoran kashmir,. tapi kena berhati-hati apa yang kita makan….dikhuatiri tidak halal….ayam, daging,,,memang ada dijual tapi kena tahu sembelihannya….cara islam atau tidak…okey setakat ini dulu…saja nak inform sesiapa yang membaca…

  2. makanan kimchi mempunyai kelebihan thadap kshtan?? bleh nyatakn ckit kelbhan makanan ini???

    HE: Orang Korea kata mereka tidak kena selesema burung sebab makan kimchi ahahaa

  3. nampak sedap ..thanx sbb bagi resepi. Pasni nak cuba..Susahla nak cari resepi korea yang dalam bahasa melayu ni..ada sesape ke yang tau pasal resepi korea yg lain?Or HE bleh panjangkan lebih banyak resepi lagi ..adios..

    HE: yang tau dalam bahasa Melayu..HE tau isteri HE aje la angel

  4. nak tanya mana boleh dapat chopstick dan sudu korea kat malaysia? ada tak resepi mee sos yg saya slalu tengok dlm cerita korea.

  5. taw xpe..
    saye npk anna mkn mee sos 2 pon terliur.. sdp tol die mkn.. da teringin sgt, mkn la mie sdp goreng.. npk gak cam mee sos..hehe

  6. hai hairie…
    nice blog here..
    just nak tanya. saya pun suke makan mkn korea. one of it is gachujang (hot pepper paste). but, the problem is, dekat tesco, dia label under NON-HALAL item. but jusco tak. so, i’m a bit confused. sebenarnya all the pastes yg guna dalam masakan korea ni halal ke tak?
    TQ

    1. oleh keran di jepun ni mmg tak blh saya nak mkn di kedai korea, jadi saya minta isteri masak. bila membeli sos gochujang selalunya saya membaca ingredient. Saya membeli jenama Hotmiso. Dari senarai bahan yang dibuat hanya dari cili, beras pulut, beras biasa dan garam. Saya tidak pasti gochujang mana yang di restoran gunakan tetapi saya akan tanya mereka sos apa?

    2. hi falisa

      saya pun selalunya sangat berhati2 dalam membeli makanan. Di Jepun selalunya sangat detail kandungan ditulis. Jadi kena lihat bahan betul2. Tidak semua boleh dimakan tetapi yang saya pasti kebanyakannya boleh dimakan kerana asasnya chili dan beras pulut kalau HE tidak silap. Tapi mungkin ada sedikit bahan lain yang tidak dibenarkan dan dikategorikan tidak halal.

  7. perhatian. most of gochujang are from Korea n wine/spirit is included in the ingredients. furthermore, it’s fermented. therefore, u guys have to be careful with what u eat.

    http://www.koamart.com/condiments-pepper-paste-22lbs-p-421.html

    senang citer,dlm gochujang tu ada alkohol. kalau nak tau ada alkohol ke x dlm ingredients tu kena faham hangul. gochujang kat store tu semua dpd Korea, so everything is written in hangul.
    p/s. sorry, bahasa rojak

  8. boleh tak saya nak tau gochujang jenama Hotmiso tu mcm mana rupanya? nak tengok ingredients dlm tu. x jumpa lg gochujang halal

  9. and disappear without the apparent concern on her emotions.
    He is quite sophisticated and contains an grown up vocabulary.
    Make sure they watch the replays once or twice, for them to keep the magnitude of the just took place.

  10. Saya pun suka nak try masakan korea…. Kimchi dh cuba buat, ok la cuma tk guna chili paste yg asal la….. Kan bagus jika org kita yg tggl di Korea belajar buat chili paste & jual di M’sia, cnfm berebut2 org nk beli… :)

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s