Butter Prawn

butterprawn, originally uploaded by hairieusoff.

Memang teringin nak makan lauk ni. jumpa di internet resepi ni. Apa nama web site nya ..waterlily kalau tak silap. terima kasih.

Respinya,

Bahan – bahan:

1 kilo udang – dibersih dan buang hujung kepalanya dan digoreng sehingga masak.
2 biji cili padi – dihiris bulat dan nipis
Sedikit Daun Kari
2 biji cili merah – ditumbuk
2 – 3 biji telur ayam – diambil kuningnya dan dipukul rata
1/4 cawan Susu sejat (evaporated milk)
Sedikit butter
Sedikit minyak masak
Garam
Gula

Cara Membuat Egg Floss :

1. Panas butter, campurkan sedikit minyak masak – the idea is for the butter to withstand the heat longer (kalau tidak butter akan cepat kering dan hangus).

2. Setelah kedua bahan tadi cair dan panas, masukkan kuning telur yang telah di pukul tadi.

3. Kuar sehingga rata (kalau saya, saya selalu buat clockwise motion) dan cepat sehingga telur tadi hancur, menjadi halus dan masak keperangan.

4. Setelah masak, angkat dan tuskan. Setelah minyak tus, the egg should be a little crunchy.

Cara Membuat Butter Prawn.

1. Panaskan butter, masukkan cili padi yang dihiris dan cili merah yang telah ditumbuk. Gaul hingga rata dan layu.

2. Masukkan daun kari, gaul lagi.

3. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

4. Tuangkan evaporated milk dan kuar sehingga pekat.

5. Akhir sekali masukkan udang yang telah digoreng dan gaul hingga sebati.

6. Hidangkan dengan menabur egg floss di atas udang tadi.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s