Arkib

Archive for the ‘Ayam’ Category

Ayam Jagung Manis

21 Disember 2009 hairieusoff Tinggalkan komen

Ayam Jagung Manis, originally uploaded by hairieusoff.

Bahan-bahan

4 ketul peha ayam
75 gram mentega
garam dan serbuk lada sulah
sebiji lemon, potong menjadi lapan hiris
daun pasli untuk hiasan

Bahan untuk Sos

25 gram mentega
1 biji bawang besar, dicincang
1 tin jagung manis, toskan
25 gram tepung
300 gram susu sejat
garam dan lada sulah secukup rasa

Cara

1. Bersihkan ayam dan toskan. Gaul serta lumurkan dengan mentega, garam dan lada sulah.
2. Grill atau goreng hingga warna keemasan selama 15-20 minit.
3. Susun diatas pinggan dan tuang sos keatasnya. Hiasan dengan hirisan lemon dan daun pasli.

Cara untuk Sos

1. Cairkan mentega dang oreng bawang cincang sehingga lembut. Masukkan jagung manis dan tepung.
2. Kacau perlahan-lahan dan padamkan api. Masukkan susu sejat.
3. Didihkan lagi sehingga sos menjadi pekat. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.

Categories: Ayam

Ayam Tandoori

14 September 2009 hairieusoff Tinggalkan komen

Ayam Tandoori, originally uploaded by hairieusoff.

Kembali berbuka ala India. Kali ini rasa macam hendak pergi kedai Mamak makan Ayam Tandoori. Jadi seperti biasa isteri kena cuba buat Ayam Tandoori walaupun tak de balang tembikar untuk bakar ayam itu. Pakai oven aje. Resepinya.

Bahan-bahan:

bahan kisar 1:
1 biji bawang besar/3 biji bawang kecil
3 biji bawang putih
2 biji limau nipis – ambil jus
1 camt garam
1 camt serbuk kunyit
2 camt serbuk cili
150g natural yogurt
1/2 camt pewarna merah
sedikit gula
bahan kisar 2:
3 biji cili kering
11/2 camt biji sawi
1 camt halba
3 camt biji ketumbar – goreng tanpa minyak utk kasi naik bau
11/2 camt jintan putih – goreng tanpa minyak utk kasi naik bau

cara:

  1. perap ayam dengan bahan kisar 1 selama 1/2 jam
  2. masukkan bahan kisar 2 gaulkan sehingga sebati
  3. masukkan dlm bekas tertutup dan simpan dlm fridge semalaman
  4. masa nak bakar sapu sedikit minyak sapi
  5. bakar dlm suhu 200 degree selama 60 min
Categories: Ayam, Makanan India

Ayam Madu

5 September 2009 hairieusoff Tinggalkan komen

Ayam Madu, originally uploaded by hairieusoff.

Bahan-bahan

2 peha ayam (potong, dapat 2 drumsticks, 2 thigh, gorengkan. Tak perlu letak garam & kunyit.)
3-4 biji buah pelaga hindi
2 kuntum bunga lawang
1/2 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 1/2 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan serbuk cili/cili boh
5 sudu makan madu
garam secukup rasa
sedikit air dan minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Kisar bahan bertanda * sampai hancur
  2. Panaskan kuali dan minyak. Tumiskan bahan yang di kisar, buah pelaga dan bunga lawang sampai terbit bau.
  3. Masuk serbuk kari dan serbuk cili. Tumis lagi.
  4. Masukkan madu. Biarkan.
  5. Masuk air dan biarkan kuah menjadi pekat. Kemudian, masukkan ayam. Biarkan dan tambah garam secukupnya. Kalau kurang manis boleh campur sedikit gula atau tambah madu lagi.
Categories: Ayam, Frying Pan, Lauk

Telur Bungkus

4 September 2009 hairieusoff Tinggalkan komen

Telur Bungkus, originally uploaded by hairieusoff.

Makan ala Tahi hari ini. Makan Nasi dan Tomyam, dan berkongsi rasa dengan Ayam telur bungkus. Resepi seperti di bawah:

Bahan-bahan

2 biji telur
100gm isi ayam @ daging ( dicincang)
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar ( dihiris nipis)
1 biji tomato ( dibelah 6 )
1 camb kacang peas
2 camb sas tomato
1 camb sos tiram
garam secukup rasa
daun ketumbar ( dipotong 1 inci )

Cara

  1. Telur dipukul dan digoreng dadar. Ketepikan.
  2. Tumis bawang putih sehingga kekuningan kemudian masukkan isi ayam @ daging.
  3. Setelah masak masukkan sos tomato,sos tiram, garam,bawang besar masak sehingga bawang layu. Masukkan tomato dan kacang peas , masak sebentar kemudian angkat dan diletakkan ke atas telur dadar.Letakkan daun ketumbar dan bungkus telur berbentuk empatsegi.Sedia dihidang.
Categories: Ayam, Daging, Frying Pan, Lauk, Telur

Chicken Butter

29 Ogos 2009 hairieusoff 2 comments

Chicken Butter, originally uploaded by hairieusoff.

Hari ni makan dan berbuka semua style India. Lauk utama, Ayam Mentega atau Chicken Butter atau dalam Bahasa Indianya Murgh Makhani sangat popular di restoran-restoran makanan India.

Bahan perap ayam

500 g isi ayam
50 g pes bawang putih dan halia
½ tsp garam
65 ml yogurt
½ tbsp serbuk cili Kashmiri
½ tbsp minyak sayuran
½ tsp serbuk garam Marsala

Bahan sos Makhni

40 ml minyak sayuran
15 g halia
6 cili hijau
4 kulit kayu manis
5 buah Pelaga
5 Cengkih
2 daun Bay (Bay leaf)
750 g Tomato
½ tsp serbuk cili Kashmiri
60 ml krim
1 tbsp madu
½ tbsp pes Tomato
2 tsp Kasoori methi (ramai tanya pasal benda ni, ini ada link pasal daun kering ni, ia adalah daun yang dikeringkan - klik sini)
50 g mentega
75 g gajus (dikisar halus)
air

Cara-cara

  1. Basuh ayam dalam air sejuk dan keringkan dengan kain.
  2. Gaul ayam bersama bahan perap ayam dan biarkan sekurang-kurangnya 4 jam.
  3. Bakar ayam beberap minit dan potong kecil-kecil.

Sos Makhni

  1. Panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan daun bay. Kacau rata.
  2. Masukan halia (dicincang) dan cili hijau dengan api perlahan seketika.
  3. Masukkan tomato dan gaulkan. Masukkan air dan panaskan dengan api sederhana sekitar 25 minit.
  4. Tutup api dan sejukkan sedikit dan bland semuanya menjadi sos.
  5. Masukkan semula ke dalam kuali dan panaskan. Masukkan 2/3 gajus yang dikisar halus. Masukkan pes tomato, serbuk cili, madu dan mentega. gaul seketika.
  6. Masukkan Kasoori Methi. Biarkan mendidih seketika dan angkat.

Penyudah

  1. Di periuk lain, cairkan sedikit mentega dan masukkan baki kisaran gajus bersama-sama ayam yang dibakar tadi. Goreng sekitar 3 minit.
  2. Masukkan sos Makhni dan gaul sekitar 3 minit. Angkat.

Ayam Goreng Gajus

Ayam Goreng Gajus, originally uploaded by hairieusoff.

Lauk berbuka hari ke 5, isteri HE buatkan Ayam Goreng Gajus. Resepi seperti biasa dari internet.

Bahan
Isi ayam – dipotong kecil
2-3 ulas bawang putih – chopped
4-5 cili kering – dipotong agak pendek n digoreng sekejap
sedikit sos ikan [nampla]
2 tbsp sos tiram
1 tbsp kicap manis
gula perang secukup rasa [nak ganti dgn honey pun boleh]
1 tbsp cili panggang thai [nam prik pau] – kalau takde guna cili merah tumbuk pun boleh
air secukupnya
gajus yg dah disangrai/bakar secukupnya
daun bwg/daun ketumbar – dipotong kasar-kasar
minyak masak n sedikit sedikit minyak bijan
sedikit serbuk lada putih

Cara

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sampai naik bau dan masukkan cili then kacau lagi ..kemudian masukkan ayam hingga agak2 hampir masak..kemudian masukkan sos tiram, kicap manis, gula dan sos ikan.
  2. Kacau hingga mesra (tambahkan air jika perlu)
  3. Masukkan cili kering dan gajus dan lada hitam
  4. Gaul dan akhir sekali masukkan daun bawang
Categories: Ayam

Sambal Tumis Ayam

17 Oktober 2007 hairieusoff Tinggalkan komen

Ayam Masak Merah, originally uploaded by hairieusoff.

 

Bahan-Bahan

Ayam yang telah digoreng
cili kering (dikisar)
sedikit cili boh
bawang merah (dikisar)
bawang putih (dikisar)
bawang bombay dihiris bulat (bentuk ring)
sedikit belacan dan asam jawa (disatukan dlm mangkuk, dimasukkan air sedikit)
minyak utk menumis
perasa
gula
garam

Cara:

1. Gorengkan ayam dan ketepikan.

2. tumis cili kering yang dikisar, cili boh, bawang merah dan putih serta bawang bombay hingga naik bau.

3. masukkan air asam jawa dan belacan.

4. masukkan perasa, gula dan garam

5. akhir sekali padamkan api dan masukkan ayam yang telah digoreng awal tadi.

6. Hidangkan panas2 dengan nasi putih

 

Categories: Ayam, Frying Pan, Lauk

Ayam Percik

29 September 2007 hairieusoff 1 comment

Ayam Percik, originally uploaded by hairieusoff.

Bahan:
2 kg ayam [potong 4 keping]
3 cawan santan pekat [perah gunakan air kelapa dari 1 biji kelapa ]
1/2 cawan air asam jawa
1 s/t gula
1 s/t halba
garam secukup rasa

bahan mesin halus
20 tangkai cili kering
4 biji bawang putih
3 cm halia
5 batang serai

Cara
1. Lumurkan sedikit garam dan tepung ubi kayu pada ayam dan bilas bagi menghilangkan bau hanyir.
2. Masak ayam dalam kuali bersama bahan mesin, santan, halba dan asam jawa sehingga sederhana masak (kuahnya tinggal sedikit). Tetapi pastikan segala rempah sebati dengan ayam.
3. Alihkan ayam ke ketuhar dan panggang pada suhu 200′ C sehingga ayam masak dan berwarna perang keseluruhannya. [boleh juga panggangkan ayam menggunakan pemanggang ikan tu]
4. Hidangkan dan hiaskan dengan salad atau timun.

Categories: Ayam, Lauk

Kerutub Ayam

29 September 2007 hairieusoff 2 comments

KerutubAyam, originally uploaded by hairieusoff.

Bahan
1 ekor ayam [buangkan kulit & potong kecil]
2 s/b rempah kari ] dibancuh
2 s/b rempah kurma ]
2 cawan santan
1 s/b gula merah
1 s/b kerisek
3 s/b minyak untuk menumis

bahan kisar..
100 gm bawang merah goreng
2 biji buah keras
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas baswang putih

Cara
1. Tumiskan bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan rempah. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan ayam, kerisek, garam gula dan santan. Biarkan sehingga mendideh
4. Masakkan sehingga pekat dan ayam lembut.
5. Pastikan kacau sekali sekala.
6. Hidangkan dengan nasi atau roti.

Categories: Ayam, Lauk

Ayam Goreng Tomyam

29 September 2007 hairieusoff Tinggalkan komen

Ayam Goreng Tomyam, originally uploaded by hairieusoff.

Bahan
300 gm isi ayam [potong nipis]
2 s/b pes tomyam [boleh beli atau buat sendiri]
1 batang serai [ketuk]
5 biji limau kasturi [ambil jusnya]
1 batang kecil carrot [potong kecil]
3 batang putik jagung [potong kecil]
2 biji buah tomato [belah 6]
1 pokok daun ketumbar [potong kecil]
minyak
garam

Bahan mayang/hiris
2 labu bawang besar
5 biji cili merah
8 biji cili api
2 cm halia

Cara
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan hiris, pes tomyam dan serai ketuk sehingga layu.
2. Masukkan isi ayam dan kacau rata. Masakkan sehingga lembut.
3. Masukkan carrot, tomato buah dan putik jagung. Kacau rata dan biarkan sehingga lembut.
4. Tutup api dan masukkan jus limau dan daun ketumbar. Kacau rata.
5. Hidangkan dengan nasi atau roti.

Categories: Ayam, Lauk