Donat

Donat, originally uploaded by hairieusoff.

Bahan-bahan

50 g gula perang
7 g Yis
50 ml air
70 ml susu segar
5 g garam
1 biji telur
250 g tepung serba guna
15 g mentega

Frosting Glaze Vanila
50 g gula icing
1 sudu besar susu segar
1sudu teh esen vanila
1 sudu teh mentega (dicairkan)

Frosting Cokolat
1 sudu besar Serbuk koko
2 sudu besar chocolate rice

Coating Gula/Kayu Manis

2 sudu besar gula kastor
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis

Cara

1. Campurkan gula perang, yis, air, susu segar dan garam di dalam sebuah mangkuk besar. Gaulkan sehingga gula larut.

2. Masukkan telur dan pukul sebati dengan campuran tadi.

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh. Uli doh sehingga kental.

4. Akhir sekali masukkan mentega dan uli doh. Jika doh masih melekat tambah sedikit demi sedikit tepung.

5. Uli dan simpan di dalam menutup mangkuk dengan nepkin/kain yang direndam air panas selama sejam.

6. Selepas sejam, ulis lagi sekitar 5 minit dan simpan sekali lagi kira kira 20 minit.

7. Keluarkan dari mangkuk dan roll. Tekap dengan acuan donat. Anda boleh juga mengmabil gelas dan di tengahnya menggunakan penutup botol air minuman soda.

8. Simpan semalaman di atas loyang pembakar dan goreng esoknya dengan api perlahan sehingga kuning. Angkat dan keringkan minyak.

Cara Untuk Frosting

Frosting yang saya buat ini adalah simple sahaja. Kalau nak yang canggih nanti saya buat entri khas untuk frosting aje ok.

Frosting Glaze Vanila

1.  Dalam mangkuk sederhana, masukkan gula icing, susu, esen vanila dan mentega.

2. Gaulkan sehingga pekat.

3. Tekapkan permukaan donat yang sudah separa sejuk kedalam mangkuk berisi glaze.

4. Optional, tekapkan dengan choclate rice berwarna.

Frosting Glaze Cokolat

1. Dari Glaze Vanila tadi, campurkan sahaja sebuk koko. Gaul sebati.

2. Tekapkan permukaan donat yang sudah separa sejuk kedalam mangkuk berisi glaze cokolat.

3. Optional, tekapkan dengan choclate rice.

Coating Gula

1. Gaulkan seluruh permukaan donat dengan gula kastor.

Coating Gula Kulit Kayu Manis

1. Gaulkan Gula kastor dengan serbuk Kulit Kayu Manis sehingga sebati.

2. Gaulkan seluruh permukaan donat dengan campuran gula kastor dans erbuk kulit kayu manis tadi.

Tiramisu

Tiramisu, originally uploaded by hairieusoff.

Resepi yang diperolehi dari masa kat Jepun dulu. Kalau di Jepun memang susah nak makan Tiramisu kerana biskutnya direndam dengan kopi dan wain. Jadi kena buat sendiri. Setelah beberapa kali buat dah adjust sikit cara buatnya. Resepinya:

Bahan-bahan:

2 Biji kuning telur
1 bungkus biskut tiramisu/sponge fingers/boudoir (kat malaysia saya jumpa di Cold Storage brand Savoiardi) – Dalamnya ada 4 baris biskut
250g cream cheese
250g whipping cream (dipukul kembang) boleh ganti dengan mascarpone cheese (tak perlu pukul)
60g gula (boleh kurang atau tambah ikut suka manis)
2 cawan bancuhan air nescafe (dengan sedikit gula, 2 sudu teh nesfece dan satu sudu teh gula)
serbuk koko/cokolat utk hiasan

Cara

1. Pukul kuning telur dengan gula dan ketepikan. (kalau tak suka guna telur, pukul gula dengan cream cheese aje)

2. Pukul whipping cream hingga kembang (jika guna whipping cream)

3. Pukul cream cheese agak kembang dan masukkan kuning telur dengan gula dari proses 1. Gaulkan sebati.

4. Masukkan Mascapone cheese atau whipping cream yang telah dipukul seperti proses 2. Gaul rata dan ketepikan.

5. Celupkan biskut ke dalam bancuhan nescafe dan susun dalam bekas sederhana besar

6. Setelah itu letakkan satu lapisan bancuhan yang telah digaul seperti proses 4 tadi ke atas biskut dengan rata. Ulang proses ini sehingga menjadi 2 lapisan.

7. Bila semua bancuhan telah habis dan bahagian atas disapu rata,  Hiaskan dengan taburan koko/cokolat di atasnya ikut suka sebelum disimpan. Kemudian bolehlah ditutup dan disimpan dalam peti ais.

Puding Roti Pisang

Puding Roti Pisang, originally uploaded by hairieusoff.

Hari ini, isteri bereksperimen dengan roti dan pisang. Maka jadilah resepi Puding Roti tetapi dengan rasa pisang. jadi rasa macam kek pisang pun ada juga. Masak dalam Rice Cooker. Rumah HE tiada ketuhar gelombang mikro, ada oven kecil tetapi tidak muat untuk loyang yang besar-besar, hanya sekadar sesuai untuk membuat kuih sahaja. Apa pun menggunakan rice cooker juga menghasilkan rasa yang sedap juga.

Resepi.

Bahan

A:
250 ml susu segar/fresh milk
4 keping roti 

B:
2 sudu besar gula halus ( boleh tambah lam 1 0r 2 sudu kalau nak manis)
1 sudu besar butter
1 biji telur ayam
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar tepung jagung

C:
3 biji pisang
3 sudu besar gula

Cara-cara

  1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam.
  2. Sirakan pisang dengan gula. Kemudian potong/lenyek pisang. 
  3. Pukul butter dan gula hingga sebati, masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati. Tambahkan esen vanila dan juga tepung jagung. Gaul rata.
  4. Masukkan adunan roti dan gaul rata. Masukkan pisang lenyek bersama adunan tadi dan tuangkan kedalam loyang.
  5. Bakar.(Isteri menggunakan rice cooker, tekan butang start sahaja)

Tepung Pelita

 

Tepung Pelita, originally uploaded by hairieusoff.

Semasa ke Kodomo No Kuni dua minggu lalu, dapat satu beg plastik Daun Pisang daripada Kak Pah. Minggu lalu, sudah dibuat Nasi Lemak Kukus. Minggu ini, HE minta isteri membuat kuih Tepung Pelita. Resepi seperti berikut:

Bahan-bahan

Lapisan Bawah

1 cawan tepung beras
5 cawan air daun pandan (blander dan tapis)
1/2 cawan gula
sedikit pewarna hijau

Lapisan Atas

1 cawan tepung gandum
6 cawan santan (daripada sebiji kelapa)
sedikit garam
beberapa helai daun pandan
Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara

  1. Masukkan gula (dlm 1 sudu kecik atau bergantung pada saiz bekas) dalam kelongsong daun pisang atau bekas transperent yg kecik.
  2. Satukan bahan2 lapisan atas dan masak atas api sederhana hingga mendidih (bancuhan hendaklah dikacau selalu supaya tidak berketul)
  3. Tuang ke dalam bekas kelongsong tadi anggaran dalam 1/3.
  4. Satukan pula bahan2 untuk lapisan atas dan masak atas api sedarhana hingga mendidih dan pekat (kacau selalu)
  5. Tuang terus kedalam kelongsong tadi dan biar sejuk.

Wagashi

Wagashi Pack, originally uploaded by hairieusoff.

Berkesempatan untuk membeli kuih tradisional Jepun yang bernama Wagashi. Ia diperbuat daripada pulut (mochi), Kacang Merah (Azuki) dan kadang kala buah-buahan.

Wagashi – Ajisai, originally uploaded by hairieusoff.

Wagashi selalunya dipersembahkan pada upacara pembatan teh Jepun dan ia dikatakan sudah dibuat pada zaman Edo lagi.

Wagashi – Kikyou, originally uploaded by hairieusoff.

Ia dibentuk dengan pelbagai rupa dan mempunyai keindahan pada tona-tonanya yang begitu lembut.

Wagashi – Houzuki, originally uploaded by hairieusoff.

Bingka Epal

Bingka Epal, originally uploaded by hairieusoff.

Ini Bingka Epal yang telah dicuba oleh isteri HE.

Ramuan:

200 g Tepung Campuran
250 liter Telur
2 cawan Susu
30 g Mentega
350 Epal atau Pir
500 liter Air/Jus Epel atau Pir

bersambung, kena tanya orang rumah.

Kuih Cara Manis Takoyaki Style

Kuih Cara Takoyaki Style, originally uploaded by hairieusoff.

Ini adalah Kuih Cara Manis versi Takoyaki kerana acuan yang digunakan adalah untuk membuat Takoyaki. Memandangkan di Jepun tiada acuan loyang Kuih cara sebagaimana di Malaysia, maka acuan Takoyaki dianggap paling sesuai untuk kuih Cara. Rasanya tidak berbeza cuma saiz dan bentuk mungkin ada sedikit perbezaan.

Resepi:

Bahan:

3 cawan Tepung Gandum – diayak
1 biji Telur saiz besar
1 paket Santan serbuk Perisa Pandan
1 sudu teh perasa Pandan
Gula untuk ditabur
Minyak sayur menggris
3 cawan Air

Cara:

1. Masukkan kesemua bahan ke dalam blander sehingga aduan sebati. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.

2. Panaskan acuan Takoyaki dan sapukan minyak.

3. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan taburkan gula di atasnya. Tutup bekas Takoyaki dan pastikan tiada air meniti ke atas kuih.

4. Masak sehingga kekuningan dan angkat.

Bingka Keledek

Bingka Keledek, originally uploaded by hairieusoff.

Ini adalah kuih Bingka Keledek. Isteri HE buat selepas ada baki keledek di dalam gobok makanan dapur.

Resepi:

2 cawan gula pasir
1 biji telur ayam sedang
3 cawan tepung gandum
600g keledek
500ml santan
sedikit vanilla

Keledek direbus lembut dan dilenyek hingga lumat. Masukkan semua bahan-bahan kedalam blender dan blend hingga halus. Di tapis kedalam periuk nasi automatik yang sudah disapu mentega. Hidupkan periuk nasi sehingga masak.