Arkib

Archive for the ‘Kukus’ Category

Ikan Siakap Stim/Kukus

14 Disember 2009 hairieusoff Tinggalkan komen

Ikan Siakap Stim, originally uploaded by hairieusoff.

Selepas “sedekah” darah untuk pemeriksaan kesihatan sebulan lalu, nafsu makan macam membuak-buak tetapi takut berat badan meningkat. Jadi teringin makan ikan stim atau ikan kukus Siakap. Ini resepi mudahnya.

1 ekor Ikan Siakap
4 ulas Bawang putih (dadu)
4 biji Limau kasturi – ambil jusnya
4 senduk kecil nampla
1/4 buah nenas – dipotong dadu)
1 biji Tomato – dadu
6 helai Daun ketumbar – hiris halus
2 helai Daun limau purut – hiris halus
4 biji Cili padi
3 sudu kecil Garam
2 sudu kecil Gula

Cara

1. Tabur garam pada ikan dan dalam ikan

2. Masukkan bawang putih, nenas , cili, daun ketumbar, daun limau dan tomato.

3. Bancuh sos (masukkan jus limau, nampla, garam dan gula)

4. Tuang bancuhan sos ke dalam pinggan ikan.

5. Kukus sehingga masak.

Categories: Ikan, Kukus, Seafood

Ketam Kukus

8 September 2007 hairieusoff Tinggalkan komen

Ketam Kukus, originally uploaded by hairieusoff.

Hari ini tiada selera hendak makan nasi maka HE minta isteri memasak ketam dan makan begitu sahaja dengan sos cili.

Resepi:

Ketam
3 ulas Bawang Merah – dihiris
1 ulas Bawang Putih
3 batang Serai – diketuk
1 batang Lobak
3 biji Cili Merah
Halia sebesar ibu jari

Cara:

Masukkan semua bahan dalam periuk kukus. Kukus dalam masa 15 minit.

Categories: Kukus, Lauk, Seafood