Donburi

Donburi, originally uploaded by hairieusoff.

Makanan Jepun yang mudah. Tetapi di Malaysia mungkin akan menjadi kurang mudah kerana kos yang tinggi untuk membeli bahan-bahannya.

Ada pelbagai Donburi. Kali ini Salmon-Don

Bahan:

Hirisan daging ikan Salmon
Shirasu (anak ikan sardin yang direbus, seperti rupa ikan bilis)
Ikura (telur ikan Salmon)
Nasi
(semua bahan disukat mengikut selera sendiri. Lebihkan yang mana suka)

Cara:
1. Masukkan nasi ke dalam mangkuk

2. Susun Ikan Salon, Shirasu dan Ikura di atas nasi mengikut kreativiti anda.

Mudah?

Wagashi

Wagashi Pack, originally uploaded by hairieusoff.

Berkesempatan untuk membeli kuih tradisional Jepun yang bernama Wagashi. Ia diperbuat daripada pulut (mochi), Kacang Merah (Azuki) dan kadang kala buah-buahan.

Wagashi – Ajisai, originally uploaded by hairieusoff.

Wagashi selalunya dipersembahkan pada upacara pembatan teh Jepun dan ia dikatakan sudah dibuat pada zaman Edo lagi.

Wagashi – Kikyou, originally uploaded by hairieusoff.

Ia dibentuk dengan pelbagai rupa dan mempunyai keindahan pada tona-tonanya yang begitu lembut.

Wagashi – Houzuki, originally uploaded by hairieusoff.

sushi

sushi, originally uploaded by hairieusoff.

Ini adalah sushi dibeli dari supermarket. HE sebenarnya suka sushi belut (unagi) – tiada di dalam gambar. Anak HE suka sushi telur (yang berwarna kuning. Isteri suka sushi salmon (tiada did alam gamabr)

Mana yang ada makan aje la. Sushi udang pun sedap seperti di dalam gambar. Maki sushi yang bergulung-gulung tu pun sedap. di dalamnya ada yang jeruk, ada isi ikan dan timun.

Tenpura

Tenpura, originally uploaded by hairieusoff.

Resepi Tenpura versi isteri HE.

Bahan goreng:

Tepung Tempura
Udang
Labu
Keledek
Terung

Bahan pencicah:

10 sudu besar Kicap cair Kikkoman
2 sudu kecil gula
1 satu sudu kecil Hondashi (serbuk ikan)

Bancuh tepung tenpura dengan air sejuk. Gaulkan bahan yang hendak digoreng dengan bancuhan tepung. Goreng dengan minyak yang panas dalam 180 darjah. Angkat bila sudah kekuningan.

Campurkan semua bahan pencicah dan hidang bersama bahan yang telah digoreng.