Kek Keju menggunakan Periuk Nasi

kek Keju, originally uploaded by hairieusoff.

Bahan-bahan:

250g Krim Keju (Cream Cheese) – (Philadelphia 1Box)
80g Gula – (dianggarkan sama dengan 9 sudu besar penuh
200ml Krim segar (Fresh Cream) – (1 Pack)
3 biji telur
2 sudu besar tepung (Plain flour)
1 sudu besar jus lemon

Cara:

1. Pukul Krim Keju dalam mangkuk dan masukkan gula dan gaul.

2. Masukkan Krim segar, Telur satu persatu. Putar.

3. Masukkan tepung dan jus lemon. Gaul sehingga tidak berbintil.

4. Masukkan adunan di dalam periuk nasi. Jika mangkuk periuk merupakan periuk non-stick, sapukan sedikit mentega. tekan butang “Cook”.

5. Bila sudah masak, tekan butang “Keep Warm” untuk tempoh 5-10 minit. Ulang langkah ini 3-4 kali.

6. Gunakan kayu atau chopstik untuk memeriksa sama ada kek sudah masak. Adunan telah masak sepenuhnya jika kayu tidak melekat dengan adunan.

7. Letakkan pinggan di atas kek dan perlahan-lahan keluarkan dari periuk nasi dengan terbalikkan periuk tersebut. Biarkan seketika untuk sejuk sebelum dihidang.

8. Hidang dengan sos blueberry yang boleh dibeli di supermarket.

Puding Roti Pisang

Puding Roti Pisang, originally uploaded by hairieusoff.

Hari ini, isteri bereksperimen dengan roti dan pisang. Maka jadilah resepi Puding Roti tetapi dengan rasa pisang. jadi rasa macam kek pisang pun ada juga. Masak dalam Rice Cooker. Rumah HE tiada ketuhar gelombang mikro, ada oven kecil tetapi tidak muat untuk loyang yang besar-besar, hanya sekadar sesuai untuk membuat kuih sahaja. Apa pun menggunakan rice cooker juga menghasilkan rasa yang sedap juga.

Resepi.

Bahan

A:
250 ml susu segar/fresh milk
4 keping roti 

B:
2 sudu besar gula halus ( boleh tambah lam 1 0r 2 sudu kalau nak manis)
1 sudu besar butter
1 biji telur ayam
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar tepung jagung

C:
3 biji pisang
3 sudu besar gula

Cara-cara

  1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam.
  2. Sirakan pisang dengan gula. Kemudian potong/lenyek pisang. 
  3. Pukul butter dan gula hingga sebati, masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati. Tambahkan esen vanila dan juga tepung jagung. Gaul rata.
  4. Masukkan adunan roti dan gaul rata. Masukkan pisang lenyek bersama adunan tadi dan tuangkan kedalam loyang.
  5. Bakar.(Isteri menggunakan rice cooker, tekan butang start sahaja)

Nasi Tomato

Nasi Tomato, originally uploaded by hairieusoff.

 

Nasi Tomato

Bahan-Bahan:

3 Cawan Beras Basmati
3 Cawan Stock Rebusan Tulang
¾ Cawan susu cair
1 Cawan sup tomato-puri(dlm tin)
5 ulas bawang kecil – dimayang
3 ulas bawang putih – diracik halus
1 inci halia – diracik halus
1 batang kulit kayu manis
1 bunga lawang
3 biji cengkih
2 helai daun pandan
2 sudu besar sayur campur(jagung,kacang,lobak merah)
garam , perasa dan gula secukup rasa
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar minyak sapi

 

Cara:

1. Masukkan minyak dan minyak sapi ke dalam periuk nasi yang diletakkan di atas api
2. Tumiskan bawang,bawang putih, halia, kulit kayu manis,bunga lawang dan cengkih hingga naik bau.
3. masukkan sup tomato(puri tomato)dan gaulkan sebentar
4. masukkan beras dan gaul hingga sebati dan kemudian baru dimasukkan stock rebusan tulang serta susu cair.
5. kemudian masukkan garam dan perasa serta sedikit gula.Jangan lupa untuk memasukkan daun pandan.
6. Alihkan periuk nasi tersebut kedalam tempat memasak nasi otomatik dan tutup serta biarkan sehingga masak.

 

Cadangan Hidangan: Sendukkan nasi kedalam mangkuk nasi dan taburkan sedikit bawang goreng. Nasi ini sedap dimakan bersama ayam masak merah, acar rampai dan sebagainya. Tambahan: Tujuan menumis nasi di atas api gas adalah supaya bahan tumisan berbau wangi dan ini menambahkan kesedapan makan tersebut namun demikian ia haruslah dialihkan ke dalam periuk nasi otomatik supaya nasi tersebut tidak berkerak. Gula juga amat penting dalam resepi ini sebagai penambat rasa. Cubalah… anda pasti tidak akan kecewa.

 

Puding Roti

Puding Roti, originally uploaded by hairieusoff.

Bahan:
A:
500 ml susu segar/fresh milk
8 keping roti (gardenia/high 5)

B:
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

C:
2 sudu besar kismis hitam

Sos Kastad
1 tin susu cair
2 s/b tepung kastad
2 s/b gula

CARA:
1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
2. Kacau dan gaul rata bahan B.
3. Masukkan kismis dan tuangkan kedalam loyang.
4. Masukkan dalam periuk nasi dan masak.
5. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
6. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.

Bingka Keledek

Bingka Keledek, originally uploaded by hairieusoff.

Ini adalah kuih Bingka Keledek. Isteri HE buat selepas ada baki keledek di dalam gobok makanan dapur.

Resepi:

2 cawan gula pasir
1 biji telur ayam sedang
3 cawan tepung gandum
600g keledek
500ml santan
sedikit vanilla

Keledek direbus lembut dan dilenyek hingga lumat. Masukkan semua bahan-bahan kedalam blender dan blend hingga halus. Di tapis kedalam periuk nasi automatik yang sudah disapu mentega. Hidupkan periuk nasi sehingga masak.