Mi Rebus

Mi Rebus, originally uploaded by hairieusoff.

Bahan-Bahan:

Kuah :
(Kisar bersama)
30 tangkai cili kering (direndam)
¾ cawan udang kering
15 ulas bwg merah
5 ulas bwang putih
1″ kunyit hidup
1″ halia
1 sd besar jintan manis

Tumisan :
1 cawan minyak
4 biji bwg besar kuning – hiris halus
5 batang serai dititik
2″ lengkuas – dititik

Kisar :
¾ cawan taucu

1 paket rempah kari ikan
4 sd besar gula
1.2 kg keledek ungu – direbus dgn 1 liter air dan kisar dgn air rebusan
600 gm daging – hiris dan rebus dgn 1.5 liter air
400 udang – rebus dan kisar
1 sd besar garam atau secukup rasa
sedikit serbuk perasa

Bahan taburan :
(Kuih udang)
500 gm tepung
½ cwn udang kering – kisar
1 biji bwg besar – bersama
1 paket yis kering
½ sd teh serbuk kunyit
1 sd teh garam
1 sd besar gula
500 ml air
1 biji telur
2 sd besar kelapa parut
(Gaul semua bahan kecuali garam hingga sebati kemudian masukkan garam – diamkan ½ jam dan lelekan dgn senduk supaya nipis dalam minyak panas, bila garing toskan minyak dan potong nipis – kuih ini sepatutnya garing)

Bahan lain :
10 biji telur – direbus dan belah dua
Hirisan daun sup & daun bwg
potongan limau nipis/limau kasturi
Hirisan cili merah & hijau (atau cili jeruk)
Sawi – dicelur – optional
600 gm tauge – dicelur
10 keping tauhu – digoreng dan hiris
3 bungkus mee kuning – dicelur
bawang goreng
(Masakan ini untuk lebih kurang 10 org)

Cara:

1. Panaskan minyak dan masukkan bahan titik (serai & lengkuas) dan tumis hingga wangi.

2. Masukkan bwg hiris dan kacau hingga kuning hingga menyerupai bawang gorenguntuk memekatkan kuah dan menjadikannya wangi.

3. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak dan garing

4. Masukkan rempah kari (tak perlu bancuh dan tumis sekejap,

5. Masukkan taucu kisar, tumis hingga sebati,

6. Masukkan bahan ini kedalam rebusan daging yang mendidih dan kacau, masukkan juga udang rebus kisar-gunakan air rebusannya sekali, keledek rebus kisar, garam, gula dan serbuk perasa.

7. Kacau dan biarkan mendidih perlahan-lahan hingga pekat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s