Laksa Johor



Laksa Johor, originally uploaded by hairieusoff.

Isteri memasak Laksa Johor hari ini dengan bahan serba kurang dan resepinya seperti berikut:

* 1 paket sphagetti (direbus dengan air dan 1 sudu besar minyak sehingga lembut)

Bahan A – (direbus dan dimesin – asingkan) **
* Ikan kembong + ikan parang – 1 kilo
* 100g mudang basah
* 20 gram isi ikan kurau – dibakar
* 50gm atau 1 1/2 paket kecil udang kering

Bahan B (dimesin)**
* 3 biji bawang besar
* 15 tangkai cili kering
* 2 ibu jari halia
* 2 ibu jari lengkuas & 2 ibu jari kunyit hidup
* 2 batang serai – diketuk
* 2 keping asam keping
* 1 kotak / lebih santan pekat
* 1 paket kerisik
* 1 paket kecil rempah kari
* 3/4 ulas bawang putih

Bahan Hias
* timun di racik halus
* tauge buang ekor (segar)
* lobak masin (dihiris kasar / yang sudah siap cincang dalam paket)
* bawang besar hiris halus
* lada merah/lada hijau dihiris
* Daun kesum
* Kicap kipas udang / kicap manis

Sambal Belacan
* 5/6 biji lada merah
* 30 gram Belacan melaka – dibakar
* 1 biji kecil Bawang Merah

Cara-cara

1. rebuskan ikan, udang, udang kering dan isi ikan kurau bakar dan asingkan tulang dan mesin hingga halus bersama air rebusan
2. **Penyediaan kuah**
3. Tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B hingga wangi
4. Bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam 1/2 minit
5. masukkan ikan/udang/udang kering dan ikan kurau kering yang dimesin.
6. masukkan santan pekat diikuti dengan 2 mangkuk air dan
7. masukkan asam keping
8. tambah garam dan gula untuk rasa
9. masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 – 1 1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tak disimpan didalam peti sejuk
10. **Sambal belacan**
11. mesinkan semua bahan dan hidangkan

3 thoughts on “Laksa Johor

  1. err,saya tak suka laksa selain laksa yg saya selalu makan. hahaha. yg pasti, saya tak suka ada tauge etc.. (sbb saya org utara)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s