Chicken Butter

Chicken Butter, originally uploaded by hairieusoff.

Hari ni makan dan berbuka semua style India. Lauk utama, Ayam Mentega atau Chicken Butter atau dalam Bahasa Indianya Murgh Makhani sangat popular di restoran-restoran makanan India.

Bahan perap ayam

500 g isi ayam
50 g pes bawang putih dan halia
½ tsp garam
65 ml yogurt
½ tbsp serbuk cili Kashmiri
½ tbsp minyak sayuran
½ tsp serbuk garam Marsala

Bahan sos Makhni

40 ml minyak sayuran
15 g halia
6 cili hijau
4 kulit kayu manis
5 buah Pelaga
5 Cengkih
2 daun Bay (Bay leaf)
750 g Tomato
½ tsp serbuk cili Kashmiri
60 ml krim
1 tbsp madu
½ tbsp pes Tomato
2 tsp Kasoori methi (ramai tanya pasal benda ni, ini ada link pasal daun kering ni, ia adalah daun yang dikeringkan – klik sini)
50 g mentega
75 g gajus (dikisar halus)
air

Cara-cara

  1. Basuh ayam dalam air sejuk dan keringkan dengan kain.
  2. Gaul ayam bersama bahan perap ayam dan biarkan sekurang-kurangnya 4 jam.
  3. Bakar ayam beberap minit dan potong kecil-kecil.

Sos Makhni

  1. Panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan daun bay. Kacau rata.
  2. Masukan halia (dicincang) dan cili hijau dengan api perlahan seketika.
  3. Masukkan tomato dan gaulkan. Masukkan air dan panaskan dengan api sederhana sekitar 25 minit.
  4. Tutup api dan sejukkan sedikit dan bland semuanya menjadi sos.
  5. Masukkan semula ke dalam kuali dan panaskan. Masukkan 2/3 gajus yang dikisar halus. Masukkan pes tomato, serbuk cili, madu dan mentega. gaul seketika.
  6. Masukkan Kasoori Methi. Biarkan mendidih seketika dan angkat.

Penyudah

  1. Di periuk lain, cairkan sedikit mentega dan masukkan baki kisaran gajus bersama-sama ayam yang dibakar tadi. Goreng sekitar 3 minit.
  2. Masukkan sos Makhni dan gaul sekitar 3 minit. Angkat.

3 thoughts on “Chicken Butter

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s