Daging Hitam Perak

Daging Hitam Perak, originally uploaded by hairieusoff.

Hari ini, perasaan seperti mahu balik kampung di Ipoh, jadi lauknya sambal tempoyak dengan ulam (timun dengan bendi aje, nak cari ulam pegaga memang tak ada le di Jepun ni). Makan dengan daging Hitam Perak. Resepi seperti di bawah:

600 g daging dipotong kecil setebal 1 cm
4 labu bawang besar dipotong empat
20 biji bawang merah dimayang halus
Sedikit air asam jawa
2 senduk kicap pekat manis
2 cawan air
Garam

Bahan kisar:

30 tangkai cili kering
100 g kismis hitam

  1. Daging + air + kicap + bawang besar direbus dalam periuk perlahan sehingga daging empuk dan kuah agak pekat. Ketepikan.
  2. Bawang merah digoreng untuk dibuat bawang goreng.
  3. Gunakan 2 senduk minyak bekas gorengan bawang tadi lalu tumis bahan kisar dalam kuali hingga naik minyak.
  4. Masukkan air asam jawa + sedikit gula. Masukkan daging tadi, kacau & masak hingga daging elok empuk.
  5. Akhir sekali masukkan bawang goreng lalu dikacau hingga sebati. Kuahnya biar pekat. Garam secukup rasa.

4 thoughts on “Daging Hitam Perak

  1. My brother suggested I might like this website.
    He was entirely right. This post truly made my day. You cann’t imagine simply how much time I had spent for this information! Thanks!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s