Ikan Bakar Portugis

Ikan Bakar Portugis, originally uploaded by hairieusoff.

Masa makan di One Utama Food Court dulu ada mencuba Ikan bakar ala Portugis. Teringin pula hendak makan dan minta isteri buatkan tapi gantikan dengan ikan lain.

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap (di jepun HE gantikan ikan Buri atau Yellowtail. Di Malaysia mungkin orang panggil ikan Chermin)
3 sudu besar cili blend
2 biji buah keras
6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 batang serai
sedikit lengkuas
3 helai daun limau purut, hiris halus-halus
3 sudu minyak bawang putih
1 sudu penuh garam halus
1 sudu penuh gula
aluminium foil

Cara-cara:

  1. Buat minyak bawang putih. Ambil 6 biji bawang putih dan basuh. Jangan buang kulit. Tumbuk. Panaskan 1/2 cawan minyak. Tumiskan bawang putih sehingga garing. Sejukkan.
  2. Bersihkan ikan dan kelar-kelar ikan itu.
  3. Blend bawang putih, bawang merah, buah keras, serai, lengkuas dan cili blend.
  4. Gaulkan bahan blend dengan garam dan gula. <–menjadi (Bahan A)
  5. Letak ikan atas foil dan sapukan bahan Bahan A Sapu rata.
  6. Tuangkan minyak bawang putih dan tabur daun limau purut.
  7. Lipatkan foil.
  8. Boleh bakar dalam oven, atas api cara BBQ atau atas kuali capati (kuali leper).

One thought on “Ikan Bakar Portugis

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s