Tat Nenas Gulung

Tat Nenas, originally uploaded by hairieusoff.

Bermulalah sesi memasak kuih oleh isteri untuk Aidilfitri kali ini. Saya dan isteri suka Tat Nenas. Dah siap pun makannya sahur tadi. Resepinya:

Bahan-bahan

Doh tart:

2 ½ cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 ½ sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung susu
1 cawan mentega (226 gm)
1 sudu besar minyak sapi
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar gula

Jem nenas:

4 biji nenas muda
2 ½ senduk gula pasir
sedikit esen vanila
Bunga cengkih
Kulit kayu manis
Daun pandan

Hiasan:
Kuning telur

Cara membuat:

Doh;

  1. Pukul mentega, susu, minyak sapi, garam hingga sebati.
  2. Masukkan telur dan vanilla, pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak. Gaul hingga sebati dan membentuk doh yang lembut.

Jem Nenas;

  1. Parut nenas. Jangan dibuang airnya.
  2. Masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus. Setelah kering masukan gula, vanilla, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Kacau tanpa henti hingga likat. Angkat dan sejukkan.
  3. Panaskan oven terlebih dahulu pada 150°C.
  4. Ambil doh dan tekan pada acuan tart, isikan inti jem yg telah siap tadi, kemudian gulung secara pelahan, letakkan di dalam dulang membakar.
  5. Oles kuning telur pada bahagian atas tart.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s