Ayam Bawang Berkaramel dengan Couscous

Chicken Caramelized Onion, originally uploaded by hairieusoff.

Bulan puasa, keinginan makan pelbagaibrasa memang hebat. Teringin makan makanan arab. Terjumpa di internet makanan Lubnan ini.

Bahan-bahan

4 peha ayam
4 kepak ayam
50ml minyak zaitun
1 labu besar bawang merah, dipotong kecil
1 labu besar bawang, dipotong kecil
1 sudu besar gula kastor
1 bunga lawang
1 batang kulit kayu manis, dipecahkan
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar serbuk kulit kayu manis
1 audu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar kacang pain (pine nuts), digoreng tanpa minyak
50g tomato kering
50ml cuka masak
300ml air
garam
daun pasli

Bagi couscous
200g couscous
450ml stok ayam yang dimasukkan dengan sedikit garam.

Cara

1. Panaskan separuh minyak zaitun ke dalam periuk dan goreng ayam sehingga keperangan. Alihkan ayam ke bekas lain.

2. Perlahankan api dan masukkan lagi separuh minyak zaitun ke dalam periuk Gorengan tadi dan masukkan hirisan bawang untuk 8-10 minit. Kacau sehingga lembut.

3. Perlahankan api lebih rendah dan masukkan gula dan gaulkan sebati 15-20 minit dengan bawang. Apabila gula sudah menjadi karamel, masukkan cuka.

4. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan serbuk-serbuk rempah kulit kayu manis, jintan mannis dan ketumbar dan digaul dalam 1-2 minit.

5. Masukkan kembali ayam, tomato kering dan air. Tutup dan biarkan masaknselama 20-25 minit sehingga ayam empuk.

6. [Penyediaan couscous] Sementara itu, masukkan couscous ke dalam bekas/mangkuk besar dan masukkan stok ayam. Gaul perlahan sehingga semua air stok telah terserap oleh couscous. Balut dengan pembalut plastiklut cahaya dan biar selama 5 minit sehingga stok telah diserap sebelum dihidang. Sebelum dihidang, gaul sedikit dengan minyak zaitun.

7. Angkat ayam ke bekas dan tabur kacang pain serta daun pasli yang yang diracik sebelum dihidang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s