Clafoutis Beri Campuran


Mixed Berries Clafoutis, originally uploaded by hairieusoff.

Clafoutis (sebutannya : Kla/Fu/Ti – klah/foo/tee)

Ia adalah pencuci mulut Perancis yang dibakar bersama-buah-buahan khususnya Beri. Asalnya ia menggunakan beri Hitam tetapi resepi ini boleh digantikan dengan apa juga Beri.

Bahan

1 sudu teh Mentega untuk sapuan ramekin (bekas/mangkuk Seramik putih)
2/3 cawan Whipping cream
1/3 cawan Susu segar
3 biji Telur
1/3 cawan tepung serba guna
1/4 cawan gula halus
2 sudu besar Mentega dicairkan
1 sudu teh esen vanila
1/4 sudu teh ekstrak Almond (optional, ada jual di Cold Storage Putrajaya)
1/8 sudu teh Garam
3 cawan Beri Campuran, seperti Raspberries, Blueberries, atau Strawberi potong
1 sudu besar Gula Icing untuk hidangan

Cara

1. Panaskan oven pada 200 darjah Celcius.
2. Sapukan mentega pada Ramekin dan ketepikan.
3. Masukkan Whipping cream, Susu, Telur, Tepung, Gula halus, Mentega yang dicairkan, esen Vanilla, Ekstrak Almond (optional) dan sedikit garam. Pukul hingga sebati.
4. Susun Beri campuran ke dalam Ramekin.
5. Tuang adunan ke dalam Ramekin.
6. Bakar dalam 25 hingga 30 minit, atau sedikit keperangan.
7. Biarkan sejuk sedikit dalam 15 hingga 20 minit.
8. Sebelum dihidangkan, taburkan gula Icing di permukaan.
9. Hidang suam-suam / separa panas.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s