Kek Keju Cip Cokolat (Chocolate Chip Cheese cake)

Bahan:

Base:

2 cawan serbuk biskut/kraker keju. (saya beli kraker Keju Julies dalam 2 bungkus dan ketuk-ketuk untuk hancurkan)
1/2 cawan mentega (telah dicairkan)

Adunan Krim Keju

1000 g krim keju (chream cheese)
3/4 cawan gula perang
3 biji telur
1 2/3 cawan cip cokolat
1 sudu teh esen vanila

Cara

Base:

1. Kraker atau biskut yang telah dihancurkan tadi di gaul dengan mentegra dengan sebati
2. Letakkan dalam bekas/loyang kek. Saya gunakan aluminium foil sebagai asas sampai ke luar loyang (supaya senang tarik nanti) dan letakkan campuran kraker dan mentega tadi.
3. Ratakan dan tekan-tekan sehingga mampat.

Krim Keju:

4. Pukul krim keju sehingga kembang.(Boleh pakai tangan atau mesin)
5. Masukkan gula 1/4 cawan dan pukul sehingga habis 3/4 cawan.
6. Masukkan telur dan pukul satu persatu.
7. Setelah selesai adunan dipukul, masukkan esen vanila dan gaul dengan spatula.
8. Masukkan cip cokelat dan gaul dengan spatula.
9. Tuangkan adunan atas base biskut/kreker tadi

10. Panaskan oven sekitar 170 darjah Selsius.
11. Bakar 40 minit.
12. Biar sejuk 30 minit.
13. Tutup loyang dengan aluminium foil dan simpan dalam peti ais untuk 8 jam sebelum dimakan.
14. Boleh dimakan begitu saja atau dengan sos cokelat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s