Rendang Tok Asli Negeri Perak

Bahaman

A: Bahan Asas

1 1/2 kg daging (potong dadu)
2 1/2 liter santan
100 g kerisik
5-6 keping isi kelapa (dihiris kecil)
3 helai daun kunyit
3 helai daun salam (bay leaf)
3 batang serai sederhana panjang (dititik)
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
10 biji bunga cengkih
5 sudu besar gula perang atau 2 keping gula nipah/kabung/melaka
4 sudu besar garam atau secukup rasa
5 sudu besar minyak untuk menumis

B: Bahan digoreng tanpa minyak – Sangai

1 1/2 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih
2 sudu besar biji ketumbar

C: Bahan kisar

20 biji cili kering (rendam dalam air panas dulu kira-kira 15 minit)
1 sudu teh lada hitam
10-15 biji bawang merah
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
3 sm lengkuas (1 sudu besar lengkuas blend)
5 batang serai (2 sudu besar serai blend)
5 sm halia (2 sudu besar halia blend)
3 sm kunyit hidup (1 sudu besar kunyit blend)
Bahan B.

Cara.

  1. Bahagikan bahan kisar kepada 2. Sebahagianya gunakan untuk perap daging dalam setengah jam.
  2. Panaskan minyak.
  3. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih serta serai dan bahan kisar sehingga masak rempahnya.
  4. Masukkan daging yang diperap berserta jus-jus perapan. Masak hingga empuk dagingnya.
  5. Masukkan santan, gula, garam, separuh dari kerisik, daun salam dan daun kunyit yang telah dicarik.
  6. Bila daging empuk, masukkan semua baki kerisik dan kelapa kepingan kecil yang disangai tadi, kacaukan. Masakkan rendang tok ini biar betul-betul kering.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s