Tempoyak Kacau Atau Sambal Tempoyak Ikan Bilis Perak

Sambal Tempoyak Ikan Bilis Perak ni kalau bahasa tempatannya Tempoyak Kaco (Kacau) memang favorite saya kalau mak saya masak. Orang Parit, Perak dan sewaktu dengannya dah biasa makan benda ni.

Saya masak benda ni di rumah mentua sebab masa balik kat rumah parents sendiri untuk raya hari tu agak kelam kabut.

Ni resepinya.

Bahan-bahan

3-4 genggam Ikan Bilis
5 sudu besar Minyak (Untuk menggoreng dan menumis)
Sebatang Serai
6 sudu besar Tempoyak
2 sudu kecil Garam atau ikut rasa
2 susu kecil Gula atau ikut rasa
Sehelai Daun Kunyit dihiris
1/2 cawan air

Bahan Kisar
4 ulas Bawang Merah
2 biji Cili Merah
1 biji Cili Padi (optional)
1 inci Kunyit Hidup (kalau tak ada gantikan sesudu serbuk Kunyit)

Cara-cara
1. Panaskan periuk dan minyak.
2. Goreng Ikan Bilis separuh garing
3. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau
4. Masukkan Tempoyak, Air dan Serai. Kacau sebati sehingga sedikit pekat.
5. Sebelum diangkat, masukkan daun kunyit, gaul seminit dan angkat.

3 thoughts on “Tempoyak Kacau Atau Sambal Tempoyak Ikan Bilis Perak

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s