White Choc Chip Mix Fruit Cookie with Almond

Amani minta buat cookies sebab dia nak feeling buat kuih. Last-last datang pulak Afina tolong. Walaupun macam mess up kan atas meja tu, tapi diorang happy. Nak resepinya. Saya dah alter skit dari internet.

Bahan-bahan

250g mentega (sebungkus buttercup)
150g gula perang
50g gula ising
1/4 sudu kecil garam
1 sudu besar santan pekat
1 sudu teh kopi segera atau nescafe
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1/4 cawan oat (pakai quaker oat untuk sarapan tu)
50g badam cincang
50g badam halus
1/2 cawan kismis
1/2 cawan cranberies kering
1/2 cawan white cokelat chips
2 sudu besar serbuk cokolat
250g tepung gandum
50g tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda

Cara

  1. Pukul mentega, gula dan garam .
  2. Masukkan kopi segera, santan dan esen vanila. Pukul bancuhan.
  3. Masukkan telur dan pukul lagi.
  4. Masukkan Out dan kacau sebati.
  5. Masukkan badam halus dan cincang. Gaul sebati.
  6. Ayak tepung gandum/multipurpose dan tepung jagung serta serbuk cokolat. Gaul juga bersama baking soda dan baking powder.
  7. Gaul semua dalam bancuhan mentega. Masukkan buah crenberies kering, kismis dan cokelat chips. Gaul perlahan sehingga sebati semuanya. Simpan selama setengah jam.
  8. Panaskan oven sekitar 160C dan sedikan tray dengan kertas masakan.
  9. Cubit dalam besar ibu jari (tak perlu cantik-cantik) dan susun dalam tray
  10. Bakar dalam 20 minit.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s