Kek Buah Kukus

Macam biasa waktu cuti, kita layan anak-anak dengan buat kek. Arisa memang suka kacau. Kacau telur, gaul tepung dan paling penting, kacau dengan kekadang hilang kesabaran cef ni hehe. Anyway bahan dan cara seperti di bawah.

Bahan-Bahan

3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Gula Hangus:
300g gula halus
1/4 cawan air sejuk
250g mentega

Bahan Kering:
300g tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh cream of tartar atau substitute dengan baking powder
500g buah campur atau 1 kotak buah campuran (berries)

Cara

  1. Sediakan gula hangus. Panaskan kuali dengan api sederhana dan masukkan gula. Biar gula cair sehingga semua keperang-perangan. Masukkan air dan gaul sehingga semua larut.
  2. Masukkan mentega yang telah dipotong secara kuib. Gaul hingga semua telah sebati dan membuak. Ketepikan dan biarkan sejuk.
  3. Ayak tepung, cream of tartar/baking powder dan soda bikarbonat.
  4. Gaulkan bahan ayak dengan buah campuran supaya buah-buah tidak mendap dalam kek.
  5. Dalam masa yang sama pukul telur dan esen vanila. Ketepikan.
  6. Masukkan dan gaul sedikit demi sedikit bahan kering/ayak dengan adunan gula hangus sehingga habis tepungnya.
  7. Gaul sebati dan masukan telur sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
  8. Masukan adunan dalam loyang yang muat pengukus dan tutup dengan aluminium foil dan dilubang-lubangkan penutupnya.
  9. Panaskan pengukus dalam kepanasan maksimum.
  10. Kukus adunan dan set kepanasan sederhana.
  11. Kukus sekitar 4 jam atau untuk hasil yang sedap, kukus selama 6 jam.
  12. Selesai kukus, sila biarkan sejuk dalam pengukus. iar semalaman dan boleh dihidangkan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s