カスタードプリン atau Puding Kastad Karamel

Masa di Jepun dulu memang sukalah puding ini. Jepun sebut “Purin”. Kat Malaysia pun ada tapi masa di sana saya didedahkan dengan pelbagai presentation puding ni. Jadi rasa tertarik. Hari rasa macam mengidam. Terus buat. Resepi style Jepun macam di bawah:

Bahan-bahan

Sos Karamel

40g gula halus
2 sudu besar air

Adunan Kastad

60g gula halus
300 ml susu segar (saya pakai susuk full cream) – panaskan sedikit agar susu menjadi suam.
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila

5 cawan/gelas kecil untuk tempat letak acuan.

Cara

Sos Karamel

  1. Masukkan gula dan air dalam pan dan panaskan.
  2. Biarkan cari sehinggga keperang-perangan.
  3. Angkat dan letakkan sesudu demi sedudu sos karamel ke dalam cawan/gelas

Adunan

  1. Pukul telur dengan gula
  2. Masukkan esen vanila dan pukul sebati
  3. Masukkan susu dan kacau sebati
  4. masukkan adunan ke dalam cawan/gelas menutupi sos karamel.
  5. Tutup permukaan gelas dengan aluminium foil.
  6. Kukus dengan api kecil dalam 25 minit
  7. Tutup api dan biarkan dalam pengukus lebih kurang 5 minit.
  8. Hidang sama ada panas atau sejuk.
  9. Jika mahu sejuk, masukkan dalam peti ais sebelum dimakan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s