Gulai Tempoyak Perak

34553674793_eae6284013

Sejak kecil saya didedahkan dengan Gulai Tempoyak. Cuma bila sekarang BOOM dengan Gulai Tempoyak Patin di sana sini, saya juga mencubanya. Walaupun ada persamaan, tetapi ia tidak seperti yang saya rasai sejak dulu. Mungkin kerana gulai tersebut style Pahang. OK saya akan share Gulai Tempoyak Perak yang resepinya dari bonda saya. Bezanya tiada daun kesum dan dia macam masak Singgang skit.

Bahan

4 Cili Merah
1 inci Kunyit Hidup atau 1 sudu serbuk Kunyit
1/2 Timun dibuang empulurnya dan potong memanjang dalam 2 inci (Boleh ganti juga dengan Taugeh Kepala Besar)
6 ekor Ikan Kembong yang telah dibersihkan
1.25 liter air
6 sudu besar tempoyak
Garam
Gula

Cara

1. Blend Cili dan Kunyit Hidup
2. Masukkan Air dan Bahan Blend dalam Periuk
3. Masukkan SEMUA (Timun, Ikan, Tempoyak) ke dalam Periuk. Jangan lupa Garam dan Gula secukup rasa.
4. Tanak sampai pekat sedikit dan tutup api

Senang kan? Dan Sedap

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s