Mi Rebus Perak (tanpa rempah)

34554274923_2c9ea8d13b_k

Ini pula ialah Mi Rebus resepi bonda saya. Lain daripada orang lain. Tak pakai kekacang, tak pakai rempah kari dan tak pakai rempah-rempah yang kuat macam Mi Rebus Johor.

Bahan
1 kilo gram daging (rebus sehingga empuk dengan 2.5 liter air)
500 gram udang (direbus dengan 1.5 liter air)
3 biji keledek (sama ada jingga atau Jepun)
4 biji timato sederhana besar
10 biji cili kering
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan minyak masak
Gula
Garam

Bahan Tumis
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Bahan Tabur
2 paket mi kuning (celur)
1 ikat Sawi (celur)
1 genggam Taugeh (celur)
4 biji telur (rebus)
Bawang goreng
1 biji Cili Merah (dipotong kecil)

Cara

  1. Air Rebusan Daging dan Air Rebusan Udang digaul bersama (1 nisbah 1), 1 liter dan 1 liter.
  2. Kupas udang dan bland/tumbuk kulitnya sehingga hancur dan tapis. Masukkan dalam kuah. Bland juga isi udang dan masukkan dalam kuah.
  3. Isi Daging dicarik-carik untuk tabur di atas mi nanti
  4. Rebus keledek dan buang kulit. Lenyekkan.
  5. Rebus juga tomato dan lenyekkan.
  6. Cili, bawang merah dan bawang putih diblend
  7. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga garing.
  8. Masukkan keledek lenyek, air daging dan air udang
  9. Bila mendidih, masukkan tomato dan sos tomato serta garam dan gula mengikut rasa.
  10. Angkat setelah mendidih dan sedikit pekat.
  11. Hidang dengan Mi dan bahan tabur (daging carik, telur, taugeh celur, sawi celur, bawang goreng dan cili).

Terima kasih Ibu saya atas resepi ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s